Assalamualaikum whb...
Saya ingin share pengalaman hidup saya yang berkahwin muda ketika berumur 19 tahun iaitu selepas mengambil SPM.
Dulu saya tak di dedahkan bagaimana hendak menjalani kehidupan berumahtangga.Bila ibu saya ingin menjodohkan saya,saya tiada pilihan untuk berfikir semasak-masaknya.Mungkin ibu risau punyai anak perempuan yg ramai belum berkahwin lagi kerana ibu adalah ibu tunggal.
Tetapi bila saya sudah bergelar isteri yg sah pada 6.6.1987,saya sedar saya punyai tanggungjawab yg besar menjaga suami dan keluarganya begitu juga dengan keluarga saya di kampung.Bagaikan di ajar dan tahu sendiri bagaimana menguruskan kehidupan berumahtangga,saya tekun dan sabar melayan kerenah suami dan keluarga mertua.Saya bernasib baik kerana punyai bapa mertua yg sayang dan memahami situasi saya.Oleh kerana saya tak punyai bapa sendiri kerana sudah kembali ke rahmatullah ketika di tingkatan 3,saya dapatlah menumpang kasih.Saya tidak bekerja dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa.Anda mungkin dapat bayangkan keadaan saya ketika itu walaupun mempunyai sijil SPM,saya tak dapat merasai bagaimana dunia pekerjaan di luar sana.Adakalanya saya merasa cemburu melihat kawan-kawan yg berkerjaya.
Saya tinggal di kuartes pekerja tapi serupa tak tinggal di situ kerana suami lebih suka membawa saya ke rumah ibu dan bapanya dan tinggal di situ selama 2 ke 3 minggu dan jarang lah saya berada dirumah....
Biasalah bila suami kita masih muda banyaklah dugaan yg akan kita tempuhi.Saya banyak bersabar dan bersabar melayan kerenahnya yg masih tak puas enjoy lagi.Anda pasti faham dgn maksud saya.Bapa mertualah yg banyak menjaga hati saya.Malah saya masih ingat lagi perkataan yg di ungkapkan kepada saya"kalau menantu lain pasti sudah lama meninggalkan rumah ini"..Malah saya pernah merujuk masalah saya kepada ibu di kampung tapi jawapan yg saya perolehi ialah"suami bila di luar adalah hak orang,bila dia balik di rumah baru lah menjadi hak kita dan layan sebaik mungkin"
Saya masih bersabar dan berdoa agar suami berubah dan menghargai saya...Saya di kurnia kan dgn 4 org cahaya mata dan ke semuanya di lahirkan melalui pembedahan.Anak-anak lah yg menjadi kekuatan hidup saya selama ini.Malah saya bersyukur ketika saya berumur 20 tahun saya mempunyai seorang cahayamata perempuan yg sangat comel.Ketika di usia 22 tahun saya mendapat cahayamata lelaki.Dia lah penghibur hati saya ketika itu.Anak lelaki ketiga lahir ketika usia saya 27 tahun dan terakhir sekali puteri bongsu lahir ketika usia saya 37 tahun dan satu-satunya lahir melalui pembedahan separuh bius.Saya terharu dan menangis ketika mendengar tangisan pertamanya..
Ketika ini anak pertama saya sudah menjadi kawan kepada saya malah kami akan keluar bersama-sama ke mana saja.Kami juga selalu di tegur seperti adik beradik.Kami selalu berkongsi masalah bersama.Saya seronok sangat .Saya bersyukur dek kerana kesabaran dan pengorbanan saya di usia remaja saya,inilah hasil yg saya dapat.Anak perempuan pertama saya sudah menghabiskan degree di UNITEN dan sekarang ingin sambung Master pula.
Suami pula sudah berubah dan selalu duduk di rumah sahaja bila tak keluar kerja.Alhamdulillah berkat doa saya selepas solat di sulami dengan kesabaran saya, inilah hadiah yg saya perolehi.Manis terasa bila segala pengorbanan masa remaja yg di korbankan selama ini membuahkan hasil.Alhamdulillah bersyukurku ke hadratMu ya Allah kerana mendengar doa dan rintihanku selama ini.
Terima kasih kepada arwah bapa mertua yg menjadi penyokongku selama ini.Terima kasih kepada arwah ibuku yg selalu memberi nasihat.Semoga rohmu berada di kalangan org-org yg beriman.Amiin
Kesimpulan dari catatan saya di atas ialah kesabaran,pengorbanan,kesetiaan,kasih dan sayang kepada keluarga, di sulami dgn berdoa kepada yg maha esa tanpa rasa jemu pasti membuahkan hasil.Tidak kiralah kita berkahwin muda atau lewat yg penting amalkan petua-petua di atas,insyaallah pasti dapat melahirkan keluarga bahagia..
Setakat ini catatan saya kali ini pastikan anda buka blog saya lagi utk share ilmu yg lain lagi.
Saturday, February 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment