Assalamualaikum...bertemu kita di dalam blog saya lagi....
Hari ini saya suka nak bercerita tentang tanaman kesayangan saya di belakang rumah yg selalu membantu meyedapkan masakan saya...iaitu' pokok limau purut'..Ramai org menyatakan pokok ini susah nak hidup di kawasan rumah teres,alasannya tidak cukup kawasan.Itu tidak benar sama sekali,lihat pokok limau yg saya tanam dgn hanya mengunakan pasu dan bekas kotak gabus yg selalu org simpan ikan di pasar,tumbuh subur dan rajin mengeluarkan buah.Sebagai seorang isteri kita secara tidak langsung sudah menjimatkan kos belanja pasar kan?Kita tanam di belakang rumah senang kita siram dan sebagai baja kita siram dengan air basuhan beras dan air lebihan cucian ikan.Lihatlah nanti daun limau akan menghijau dan berkilat2.Malah daunnya sangat wangi apalagi bila di masukkan ke dalam masakan aromanya naik dan harum...Maklumlah saya orang Melaka,asam pedas adalah menu wajib keluarga....Cubalah tanam sendiri pokok ini dan pokok yg lain2, jadikan amalan hidup dan sebagai terapi juga.Pasti kita rasa puas melihat hasilnya...Insyaalllah
Sunday, January 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ini juga hasil titik peluh dri ankmu aliff farhan zailani.... dah smkin membesar dah tanaman limau tersebut.... ^^
Post a Comment