Friday, January 21, 2011

Hari pertama bloging

Assalamualaikum...
Akhirnya siap juga blog ini di atas pertolongan anak perempuan sulungku,Nurul Yuhanis...Bukan apa sebagai seorang surirumah sepenuh masa terasa bosan bila anak2 semua tiada dirumah dan tinggal saya seorang bila mereka kesekolah,universiti n suami bekerja....Puas juga lah saya merengek dan bersungut menyuruh anak perempuan saya menyiapkan blog ini...Akhirnya ini lah hasilnya...seronok sangat rasanya.Terima kasih pada Along(panggilan buat anak perempuan sulungku)inilah hadiah paling indah buat mama...sayang Along sangat2

Dulu masa zaman sekolah saya suka mencatatkan apa2 sahaja cerita dan masalah di dalam diari yang sekarang hilang entah dimana...Dengan adanya blog ini saya senang berkongsi apa2 sahaja cerita dan masalah dengan anda semua....Ia lah sesekali nak juga kita meluahkan apa yg terpendam dan berkongsi pada seseorang,bukan masalah sahaja malah kita boleh berkongsi resepi masakan,pengalaman hidup,hobi dll.

Saya suka memasak malah dulu saya pernah membuka kantin dan restoran...sekarang ini anak2 dan suami tidak mengizinkan dan menegaskan supaya saya berehat ...Opss panjang pula cerita mungkin kerana seronok sangat...ok lah cukuplah untuk hari ini insyaallah jika diizinkan Allah kita berceloteh di lain kali....

0 comments:

Post a Comment