Saturday, January 29, 2011

ROTI BUN BERINTI

1 comments
Assalamualaikum whb..bertemu kita lagi...
Hari ini dgn suasana sejuk kerana hujan dari petang semalam tidak berhenti membuatkan saya ingin membuat roti bun berinti serunding daging dan kacang merah.Saya suka utk share resepi kepada anda semua.Hasilnya nanti pasti membuatkan anda berpuashati,anak2 dan suami pasti berselera makan ketika masih panas.


Inilah hasilnya

ROTI BUN BERINTI

Bahan- bahannya:-
200 ml air
2 biji telur
4 sudu besar susu pekat manis
4 susu besar Magerine
1 camca teh Bread softener
1 camca teh Bread improver
2 sudu besar susu tepung/ kering
4 cawan tepung high protein
I paket kecil yis
Inti (Mengikut citarasa anda)

Cara- caranya:-
Masukan kesemua bahan diatas mengikut aturan ke dalam bekas pengadun. Tekan program 10. Tertera Dough. Biarkan berputar selama 30 minit. Apabila tertera 1: 30 atau 1: 00 keluarkan doh. Keluarkan doh dan masukkan inti atau anda boleh gulung dengan hotdog. Akhir sekali sapukan kuning telur.  Tunggu sehingga doh naik barulah dibakar pada suhu 180'c selama 16 minit.

*Saya menggunakan oven khas pemberian suami dari Amway yang boleh menguli dan membakar roti pada masa yang sama. Jika berminat boleh hubungi saya. Ada installment..Jika anda menggunakan oven biasa..Anda terpaksa menguli tepung secara manual. Bahan- bahan seperti di atas. Dan bakar biasa suhu 180'c selama 16 minit. SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, January 26, 2011

Bercuti di Tanjung Pinang, Riau, Indonesia

1 comments
Assalamualaikum...Apa khabar semua?Saya sentiasa doakan teman2 dan saudara2 saya di beri kesihatan yg baik dan berjaya di dalam semua bidang yg di ceburi.Insyaallah dgn izin Allah swt.

Hari ini saya suka untuk share pengalaman saya ketika bertandang ke rumah mak saudara dan sepupu sebelah mak di Tanjung Pinang,Riau,Indonesia.untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah saya di sana. Saya bertolak dari Batam menaiki feri yg sentiasa ada setiap jam.

Sampai di sana saya di sambut sepupu yg mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya,Kak Rani dan saya menginap di rumahnya.

Saya suka untuk menceritakan tentang perjalanan majlis serta adat2 perkahwinan yg unik.Majlis perkahwinan anak lelaki di serahkan pada keluarga sebelah isterinya.Sebelum majlis berlangsung di adakan majlis menyambut menantu.Kami di hidangkan dgn berbagai juadah yg enak2.Bakal pengantin akan di mandikan dgn air bunga dan ada cara2nya mengikut adat.Upacara bersiram di tonton oleh saudara2 dan orang kampung Memang sangat meriah dan berlangsung sehingga malam.

Keesokkan harinya majlis akad nikah yg di sulami dgn majlis berbalas pantun. Di sini ibu bapa dan keluarga mertua akan bersanding bersama anak dan menantu.Malah para tetamu akan naik ke rumah untuk bersalaman dgn pengantin dan ibu bapanya.Di sini kita nampak kemufakatan masyarakatnya.Kalau nak cerita secara terperinci rasanya 1 page ni pun tak cukup sebab saya nak cerita perjalanan saya ke Pulau Penyengat yg terdapat byk tinggalan sejarah spt makam2,masjid kuning telur serta istana lama

Pulau Penyengat berdekatan dgn Tg Pinang malah penduduknya ramai yg bekerja di Tg Pinang dan membeli keperluan harian dari sini.Sampai di Pulau penyengat saya menaiki beca bermotor kerana tak larat nak jalan keliling pulau.Saya bertuah kerana saya juga punya saudara di pulau ini.Saya di bawa ke makam Engku Puteri  yg terkenal dgn gurindam 12 berhampiran dgn rumah nenek iaitu mak mertua kepada sepupu saya,Kak Rani.Malah saya juga melawat makam Raja Haji dan byk makam2 sejarah yg lain.Lihatlah di foto2 yg saya sertakan di bawah.

Sebelum balik ke Malaysia saya sempat ke pasar utk membeli buah tangan.Terleka melihat barang2 di sini memang murah malah makanannya sangat sedap.Lihatlah tempenya yg besar dan masih ada dapur minyak tanah di mana di tempat kita susah nak jumpa.

Saya berharap anda semua enjoy dgn catatan perjalanan saya kali ini.Saya suka utk berkongsi cerita dgn anda semua.Insyaallah di kesempatan yg lain saya akan menulis lagi utk share pengalaman saya bersama anda.

Sekian untuk hari ini.
Dapur Minyak Tanah yang rata2 menjadi kegunaan penduduk di sana.Unik kan.

Menaiki tongkang ke Pulau Penyengat.

Lontong Usus Makanan Enak Buatan Indonesia

Tempe segar dan muranh- murah bangat!!

Bergambar di gerai hadapan Pintu Masuk Pulau Penyengat

Anak saudara berkahwin mengikut tradisi Jawa

Bergambar di Balai Istiadat, Pulau Penyengat

Di Pintu Masuk Balai Istiadat, Pulau Penyengat

Monday, January 24, 2011

Lawatan ke Pulau Batam.

1 comments
Assalamualaikum...Bertemu lagi untuk hari ini.Saya teruja untuk bercerita tentang lawatan ke rumah sepupu saya,Dewi Koriati di Batam,baru2 ini.Kami ke sana menaiki feri dari Setulang Laut, The Zone, Johor Bharu.,memakan masa 45 minit untuk sampai di sana.Sampai di sana selepas pemeriksaan kastam kami dijemput driver sepupu kerana sepupuku ada mesyuarat di tempat kerjanya.Sepupuku adalah pengarah Taman Tema di Coastarina. Memang seronok sangat sebab makanannya yg enak2. Pemandangan yg cantik dan saya kepasar yg penuh dgn ikan yg segar2...Malah saya terjumpa siput gonggong yg menjadi mercu tanda di Batam yg banyak di pasar.

Bercerita tentang siput gonggong ia adalah sejenis siput yg banyak terdapat di kepulauan di sini.Rasanya sangat sedap apabila dicicah dgn sambal cili,best sangat2 sampai berpeluh2 bila dimakan panas2.Lagi satu ialah scalop..aduh di pasar tempat kita memang susah nak jumpa scalop ini..Rasanya kenyal dan sangat manis,malah kerangnya sangat besar..Sotong hijaunya juga besar lihat lah di foto yg saya lampirkan sekali.Suami sangat teruja sebab dia penggemar sotong...

Sepupuku membawa kami di sebuah restoran yg sangat cantik,kami semua terpesona dgn decoration malah di hiburkan dgn nyanyian secara live oleh penyanyi khas di situ.Kami di hidangkan dgn masakannya yg sangat enak termasuklah ikan Gurami goreng memang sedap sebab di goreng garing.Jika ke Batam jangan lupa singgah di restoran ini makanannya memang sedap.Kami akan ke Batam lagi sebab banyak tempat yg tidak sempat kami lawati kerana masa tidak mengizinkan.Kami ingin menghadiri majlis perkawinan anak saudara di Tanjung Pinang,Riau keesokkan harinya...Nanti saya akan menceritakan tentang lawatan saya di Tanjung Pinang pula..Stay tune...
.::..My Precious Momment..::.
Di hadapan Restoran Makanan Sunda

 Bersama sepupuku, Dewi Koriati 

 Ikan Gurami Istimewa

 Excited menatap santapan

 Coastarina Theme Park

 Scalop yg segar

 Siput Gonggong

Siput Lokan

Sotong Hijau yang Besar dan Sihat

Sunday, January 23, 2011

Tanaman Limau Purut Sendirian Berhad

1 comments
Assalamualaikum...bertemu kita di dalam blog saya lagi....
Hari ini saya suka nak bercerita tentang tanaman kesayangan saya di belakang rumah yg selalu membantu meyedapkan masakan saya...iaitu' pokok limau purut'..Ramai  org menyatakan pokok ini susah nak hidup di kawasan rumah teres,alasannya tidak cukup kawasan.Itu tidak benar sama sekali,lihat pokok limau yg saya tanam dgn hanya mengunakan pasu dan bekas kotak gabus yg selalu org simpan ikan di pasar,tumbuh subur dan rajin mengeluarkan buah.Sebagai seorang isteri kita secara tidak langsung sudah menjimatkan kos belanja pasar kan?Kita tanam di belakang rumah senang kita siram dan sebagai baja kita siram dengan air basuhan beras dan air lebihan cucian ikan.Lihatlah nanti daun limau akan menghijau dan berkilat2.Malah daunnya sangat wangi apalagi bila di masukkan ke dalam masakan aromanya naik dan harum...Maklumlah saya orang Melaka,asam pedas adalah menu wajib keluarga....Cubalah tanam sendiri pokok ini dan pokok yg lain2, jadikan amalan hidup dan sebagai terapi juga.Pasti kita rasa puas melihat hasilnya...Insyaalllah

MASAK ASAM IKAN PARI DAN MUFFIN COKLAT BUATAN BONDA UNTUK BESDAY BOY KE-21

1 comments
Assalamualaikum....hari ini saya sibuk menyediakan muffin chocolate dan asam pedas ikan pari untuk anak lelaki ke dua yg belajar di UITM Segamat,esok adalah hari lahirnya yg ke 21....Asam pedas ikan pari adalah lauk kegemarannya.Apa lagi pagi-pagi saya ke pasar bersama suami mencari ikan pari yg segar.Ikan pari ini kena pilih  takut terkena yg keras dan ada yg berbau hancing....Paling elok cari yg jenis pari beting,bunga,bendera kerana isinya lembut.Ataupun ketika beli cium bau ikan pari tu dulu,kalau berbau hancing jangan di beli...

Balik dari pasar saya siapkan bahan2 rempah utk menumis.Anak perempuan sulungku Along mengadun tepung utk buat muffin.Kami tidak beritahu Boy(,panggilan utk anak lelaki ke 2)kami akan ke sana saja nak buat kejutan...Saya suka nak share resepi kegemaran family"asam pedas ikan pari"kalau ada yg nak mencuba dipersilakan...                                                                                
                                                                                          
Bahan2nya...
1kg ikan pari(tenggiri dll ikut suka)
1 mangkuk cili mesin(ikut suka kalau nak pedas letak lebih)
9 ulas bwg kecil(di mesin@tumbuk)
5 ulas bwg putih(di mesin@tumbuk)
1 ketul kunyit hidup(di mesin@tumbuk)
l ketul kecil lengkuas(di ketuk)
5 helai daun limau purut(di koyak)
2 btg serai(di ketuk)
sedikit belacan kalau suka
terung n bendi

Cara2nya....
Panaskan minyak masak,tumiskan bwg putih,merah n kunyit yg sudah dimesin sebentar dan masukkan cili mesin,lengkuas,serai dan daun limau...Tumis hingga garing...Bila naik bau masukkan air asam jawa...Sekarang lagi senang dah ada pes asam jawa. Tak payah nak tapis2 kerja lagi senang...Kemudian masukkan ikan,garam...Dan mendidih masukkan perasa jika suka...Lastly masukkan bendi dan terung

 .




HASILNYA!!!! Cubala ye..Pasti enak..Menambat selera suami dan anak- anak.Insyaallah.

















BIRTHDAY MUFFIN...Marvelous...Try out k...Resipenya   next time pula ya.. Stay tune..





BITRHDAY BOY....Yang happy dan terkejut dengan kedatangan kami yang tidak disangka- sangka....Happy Birthday Muhammad Farisha yang ke 21.....We all LOVE you...

Friday, January 21, 2011

Hari pertama bloging

0 comments
Assalamualaikum...
Akhirnya siap juga blog ini di atas pertolongan anak perempuan sulungku,Nurul Yuhanis...Bukan apa sebagai seorang surirumah sepenuh masa terasa bosan bila anak2 semua tiada dirumah dan tinggal saya seorang bila mereka kesekolah,universiti n suami bekerja....Puas juga lah saya merengek dan bersungut menyuruh anak perempuan saya menyiapkan blog ini...Akhirnya ini lah hasilnya...seronok sangat rasanya.Terima kasih pada Along(panggilan buat anak perempuan sulungku)inilah hadiah paling indah buat mama...sayang Along sangat2

Dulu masa zaman sekolah saya suka mencatatkan apa2 sahaja cerita dan masalah di dalam diari yang sekarang hilang entah dimana...Dengan adanya blog ini saya senang berkongsi apa2 sahaja cerita dan masalah dengan anda semua....Ia lah sesekali nak juga kita meluahkan apa yg terpendam dan berkongsi pada seseorang,bukan masalah sahaja malah kita boleh berkongsi resepi masakan,pengalaman hidup,hobi dll.

Saya suka memasak malah dulu saya pernah membuka kantin dan restoran...sekarang ini anak2 dan suami tidak mengizinkan dan menegaskan supaya saya berehat ...Opss panjang pula cerita mungkin kerana seronok sangat...ok lah cukuplah untuk hari ini insyaallah jika diizinkan Allah kita berceloteh di lain kali....