Friday, June 17, 2011

Burung Puyuh Salai Masak Lemak Cili Padi.

0 comments
Assalamualaikum whb.

Lama saya tidak menulis untuk blog kesayangan ni,hari ini rasa nak share resepi kegemaran teman2 dan family.Kebetulan hari ini saya masak resepi ini untuk keluarga.
Jika teman2 dan saudara ingin datang bertandang ke rumah pasti mereka minta saya masakkan resepi ini,selain dari asam pedas melaka.Kita boleh gantikan burung puyuh dengan daging salai atau ayam kampung juga di layur dulu.

Sekarang kita siapkan bahan2nya dulu.

Bahannya:2


10 ekor burung puyuh potong 2,basuh,toskan dan bubuh serbuk kunyit dan garam sedikit.
Santan dari 2 biji kelapa
Kunyit hidup sebuku
Cili padi segenggam@ikut suka
Serai 2 batang,bersihkan dan ketuk sedikit
Ubi kentang 4-5 biji,bersihkan dan potong 2@4
Bawang besar 2 biji
Daun kunyit 2 helai mayang halus
Tomato 4 biji,potong 2
Asam keping 3 keping


cara2nya:


Panggang@layur sedikit burung puyuh yg sudah dipupuk dgn kunyit tadi.
Blender bawang besar,kunyit hidup dan cili padi
Masukkan bahan blender tadi kedalam periuk bersama kentang sekali.
Masukkan santan dan serai yg diketuk tadi juga asam keping.
Kecilkan api supaya santan tadi tidak melimpah,kacau dgn kerap.
Agak2 kuah nak masak masukkan burung puyuh tadi.
Masukkan tomato dan daun kunyit yg sudah di mayang.
Masukkan garam.


Resepi ini mudah disediakan cuma perlu kesabaran menjaga santan agar tidak melimpah bila tak dijaga@di kacau dgn betul.


Cubalah...mudah2an berjaya menyediakan dan menjadi hidangan kegemaran keluarga.


.Selamat mencuba

Monday, February 21, 2011

Pucuk Ubi Rebus Cicah Dengan Sambal Air Asam

0 comments
Hari ini saya nak share resepi kegemaran anak perempuan sulong saya iaitu pucuk ubi rebus di cicah dgn sambal air asam.Dah muak dengan ikan,daging dan ayam kami masak lauk yg simple saja hari ini....Sambal ikan bilis dan pucuk ubi rebus....
Cubalah resepi air asam ini pasti anda berpuashati...


Bahan2nya


Belacan di bakar dulu
Cili merah
sedikit cili padi kalau mau pedas
gula sedikit
garam sedikit
limau kasturi
air asam jawa


Masuk kan semua ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
Keluarkan masukkan hirisan bawang dan perahan air limau.

Malah sambal cicah ini sedap di cicah dgn ikan bakar juga dgn jantung pisang yg di celur...
Untuk menyediakannya hanya mengambil masa yg singkat sahaja.

Selamat mencuba......

Saturday, February 19, 2011

Buruk dan baiknya berkahwin muda

0 comments
Assalamualaikum whb...

Saya ingin share pengalaman hidup saya yang berkahwin muda ketika berumur 19 tahun iaitu selepas mengambil SPM.

Dulu saya tak di dedahkan bagaimana hendak menjalani kehidupan berumahtangga.Bila ibu saya ingin menjodohkan saya,saya tiada pilihan untuk berfikir semasak-masaknya.Mungkin ibu risau punyai anak perempuan yg ramai belum berkahwin lagi kerana ibu adalah ibu tunggal.

Tetapi bila saya sudah bergelar isteri yg sah pada 6.6.1987,saya sedar saya punyai tanggungjawab yg besar menjaga suami dan keluarganya begitu juga dengan keluarga saya di kampung.Bagaikan di ajar dan tahu sendiri bagaimana menguruskan kehidupan berumahtangga,saya tekun dan sabar melayan kerenah suami dan keluarga mertua.Saya bernasib baik kerana punyai bapa mertua yg sayang dan memahami situasi saya.Oleh kerana saya tak punyai bapa sendiri kerana sudah kembali ke rahmatullah ketika di tingkatan 3,saya dapatlah menumpang kasih.Saya tidak bekerja dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa.Anda mungkin dapat bayangkan keadaan saya ketika itu walaupun mempunyai sijil SPM,saya tak dapat merasai bagaimana dunia pekerjaan di luar sana.Adakalanya saya merasa cemburu melihat kawan-kawan yg berkerjaya.

Saya tinggal di kuartes pekerja tapi serupa tak tinggal di situ kerana suami lebih suka membawa saya ke rumah ibu dan bapanya dan tinggal di situ selama 2 ke 3 minggu dan jarang lah saya berada dirumah....

Biasalah bila suami kita masih muda banyaklah dugaan yg akan kita tempuhi.Saya banyak bersabar dan bersabar melayan kerenahnya yg masih tak puas enjoy lagi.Anda pasti faham dgn maksud saya.Bapa mertualah yg banyak menjaga hati saya.Malah saya masih ingat lagi perkataan yg di ungkapkan kepada saya"kalau menantu lain pasti sudah lama meninggalkan rumah ini"..Malah saya pernah merujuk masalah saya kepada ibu di kampung tapi jawapan yg saya perolehi ialah"suami bila di luar adalah hak orang,bila dia balik di rumah baru lah menjadi hak kita dan layan sebaik mungkin"

Saya masih bersabar dan berdoa agar suami berubah dan menghargai saya...Saya di kurnia kan dgn 4 org cahaya mata dan ke semuanya di lahirkan melalui pembedahan.Anak-anak lah yg menjadi kekuatan hidup saya selama ini.Malah saya bersyukur ketika saya berumur 20 tahun saya mempunyai seorang cahayamata perempuan yg sangat comel.Ketika di usia 22 tahun saya mendapat cahayamata lelaki.Dia lah penghibur hati saya ketika itu.Anak lelaki ketiga lahir ketika usia saya 27 tahun dan terakhir sekali puteri bongsu lahir ketika usia saya 37 tahun dan satu-satunya lahir melalui pembedahan separuh bius.Saya terharu dan menangis ketika mendengar tangisan pertamanya..

Ketika ini anak pertama saya sudah menjadi kawan kepada saya malah kami akan keluar bersama-sama ke mana saja.Kami juga selalu di tegur seperti adik beradik.Kami selalu berkongsi masalah bersama.Saya seronok sangat .Saya bersyukur dek kerana kesabaran dan pengorbanan saya di usia remaja saya,inilah hasil yg saya dapat.Anak perempuan pertama saya sudah menghabiskan degree di UNITEN dan sekarang ingin sambung Master pula.

Suami pula sudah berubah dan selalu duduk di rumah sahaja bila tak keluar kerja.Alhamdulillah berkat doa saya selepas solat di sulami dengan kesabaran saya, inilah hadiah yg saya perolehi.Manis terasa bila segala pengorbanan masa remaja yg di korbankan selama ini membuahkan hasil.Alhamdulillah bersyukurku ke hadratMu ya Allah kerana mendengar doa dan rintihanku selama ini.

Terima kasih kepada arwah bapa mertua yg menjadi penyokongku selama ini.Terima kasih kepada arwah ibuku yg selalu memberi nasihat.Semoga rohmu berada di kalangan org-org yg beriman.Amiin

Kesimpulan dari catatan saya di atas ialah kesabaran,pengorbanan,kesetiaan,kasih dan sayang kepada keluarga, di sulami dgn berdoa kepada yg maha esa tanpa rasa jemu pasti membuahkan hasil.Tidak kiralah kita berkahwin muda atau lewat yg penting amalkan petua-petua di atas,insyaallah pasti dapat melahirkan keluarga bahagia..

Setakat ini catatan saya kali ini pastikan anda buka blog saya lagi utk share ilmu yg lain lagi.

Thursday, February 10, 2011

Menyusuri sejarah Melaka bersama Wak.

0 comments
Assalamualaikum...apa khabar teman2ku semua???

Bertemu kita kembali...Hari ini saya ingin bercerita tentang lawatan bapa saudara dari singapura baru2 ini.Lama sudah dia tak ke Melaka kira-kira 8 tahun lepas kerana uzur.Puas ku pujuk sepupuku iaitu anaknya untuk membawa bapa saudara yg ku panggil 'wak' ke rumahku.Ini kerana wak ingin menziarah pusara ibuku iaitu adik dan abangnya yg berada di kampungku Masjid Tanah.Apa lagi saya mengambil peluang ini utk membawa wak berjalan2 di sekitar Melaka.Saya terlalu seronok kerana saya tiada ayah dan ibu lagi begitu juga ibu dan bapa mertua.Bagaikan bertemu ayah dan ingin menumpang kasih dan sayangnya sementara dia berada dengan ku.

Hari pertama sepupu2ku sampai bersama ayahnya iaitu wak,ku raikan dengan majlis BBQ.Memang meriah..Hari ke 2 ku bawa mereka melawat pusara arwah ibu ku dan arwah abangnya di kampung ku, Masjid Tanah.Setelah itu kami membawa mereka ke rumah kakakku yg berhampiran, Apalagi kami di jamu dgn masakan kampung yg enak.Seperti suasana hari raya pula Setelah itu kami dijemput adik bongsuku pula ke rumahnya,dijamu pula dgn minuman air kelapa muda dan kuih bakar buatan isterinya yg masih panas lagi.

Keesokkan harinya anak2 wak ingin ke Kuala Lumpur.Wak pula tinggal bersamaku.Ini kerana wak perlu di injit insulin 2 kali sehari dan tidak mahu ikut anak2nya,suamiku yg menguruskannya kerana saya takut pada jarum.Kami mengambil kesempatan ini membawa wak berjalan ke tempat2 sejarah dan masjid sekitar melaka.Kami membawa wak ke rumah arwah datuk suamiku iaitu Demang di Merlimau,Melaka.

Rumah yg menjadi sejarah di sini.Terkenal dengan panggilan 'Rumah Penghulu Md Natar'.Jika anda ke arah Muar dari Melaka jgn lupa singgah ke rumah yg sangat cantik,penuh dgn ukiran yg sangat cantik Dari bandar Melaka lebih kurang 20km ke rumah sejarah ini.Wak seronok sangat dan suka di ambil foto2 nya.Untuk pengetahuan semua dulu wak aktif berlakun drama singapura dan pernah berlakun dgn seniwati Normadiah,kira2 org filemlah gitu.

Kami juga membawa wak ke Masjid Selat di Pulau Melaka,memang cantik dan tenang berada di sana.Masjid yg di bina di atas laut dan pulau buatan.Kalau anda ke Melaka jgn lupa singgah di situ utk bersolat.Setelah bersolat di Masjid Selat kami membawa Wak ke Makam Hang Jebat di Jalan Kampung Kuli,di bandar Melaka.Ramai yg tidak tau ke sana kerana jalannya terlalu sempit dan dikelilingi kedai2 org berbangsa cina.Malah Makam Hang Kasturi juga berhampiran di Jalan Jonker Walk.Kami tidak dapat turun kerana tiada parking dan pelancung terlalu ramai maklumlah cuti raya cina.

Selepas itu kami bawa wak ke Makam Hang Tuah pahlawan melayu Melaka,di Tanjung Keling. Makamnya panjang dan cantik kerana di jaga bersih.Singgahlah ke sini jika anda ke Melaka,Anda pasti seronok menyusuri sejarah melayu melaka.Melaka memang byk tempat2 sejarah yg tak ramai org tahu dan sampai ke sini.Lagi satu tempat yg anda terlepas pandang ialah Perkuburan Jepun di Bukit Baru Dalam.Jika ada ada masa singgah lah ke perkuburan jepun ini.

Membawa bapa saudaraku menyusuri sejarah Melaka., walaupun tidak semua tempat ku bawa kerana wak keletihan membuatkan dia terlalu gembira dan kami sekeluarga seronok dan berpuashati.Walaupun bersamanya selama 4 hari sahaja. Cukuplah setakat ini saya menulis tentang lawatan ke tempat sejarah Melaka dan jika ada kesempatan saya akan berkongsi cerita tentang pengalaman2 saya yg lain.Insyaallah....

Sekian

 Suami bersama Wak Muharram

 Bergambar di Rumah Pusaka Arwah datuk Suami, Rumah Penghulu Md. Natar, Merlimau

 Pesta Air Kelapa Muda..Nyum...Segar

 Bergambar di hadapan Masjid Selat, Pulau Melaka



 Bergambar di hadapan Gambar Penghulu Md. Natar

 Tangga rumah penghulu Md Natar

Makam Hang Jebat 

 Makam Hang Kasturi

 Makam Hang Tuah

 Perkuburan Jepun,Melaka


 Di hadapan Makam Hang tuah

Saturday, January 29, 2011

ROTI BUN BERINTI

1 comments
Assalamualaikum whb..bertemu kita lagi...
Hari ini dgn suasana sejuk kerana hujan dari petang semalam tidak berhenti membuatkan saya ingin membuat roti bun berinti serunding daging dan kacang merah.Saya suka utk share resepi kepada anda semua.Hasilnya nanti pasti membuatkan anda berpuashati,anak2 dan suami pasti berselera makan ketika masih panas.


Inilah hasilnya

ROTI BUN BERINTI

Bahan- bahannya:-
200 ml air
2 biji telur
4 sudu besar susu pekat manis
4 susu besar Magerine
1 camca teh Bread softener
1 camca teh Bread improver
2 sudu besar susu tepung/ kering
4 cawan tepung high protein
I paket kecil yis
Inti (Mengikut citarasa anda)

Cara- caranya:-
Masukan kesemua bahan diatas mengikut aturan ke dalam bekas pengadun. Tekan program 10. Tertera Dough. Biarkan berputar selama 30 minit. Apabila tertera 1: 30 atau 1: 00 keluarkan doh. Keluarkan doh dan masukkan inti atau anda boleh gulung dengan hotdog. Akhir sekali sapukan kuning telur.  Tunggu sehingga doh naik barulah dibakar pada suhu 180'c selama 16 minit.

*Saya menggunakan oven khas pemberian suami dari Amway yang boleh menguli dan membakar roti pada masa yang sama. Jika berminat boleh hubungi saya. Ada installment..Jika anda menggunakan oven biasa..Anda terpaksa menguli tepung secara manual. Bahan- bahan seperti di atas. Dan bakar biasa suhu 180'c selama 16 minit. SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, January 26, 2011

Bercuti di Tanjung Pinang, Riau, Indonesia

1 comments
Assalamualaikum...Apa khabar semua?Saya sentiasa doakan teman2 dan saudara2 saya di beri kesihatan yg baik dan berjaya di dalam semua bidang yg di ceburi.Insyaallah dgn izin Allah swt.

Hari ini saya suka untuk share pengalaman saya ketika bertandang ke rumah mak saudara dan sepupu sebelah mak di Tanjung Pinang,Riau,Indonesia.untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah saya di sana. Saya bertolak dari Batam menaiki feri yg sentiasa ada setiap jam.

Sampai di sana saya di sambut sepupu yg mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya,Kak Rani dan saya menginap di rumahnya.

Saya suka untuk menceritakan tentang perjalanan majlis serta adat2 perkahwinan yg unik.Majlis perkahwinan anak lelaki di serahkan pada keluarga sebelah isterinya.Sebelum majlis berlangsung di adakan majlis menyambut menantu.Kami di hidangkan dgn berbagai juadah yg enak2.Bakal pengantin akan di mandikan dgn air bunga dan ada cara2nya mengikut adat.Upacara bersiram di tonton oleh saudara2 dan orang kampung Memang sangat meriah dan berlangsung sehingga malam.

Keesokkan harinya majlis akad nikah yg di sulami dgn majlis berbalas pantun. Di sini ibu bapa dan keluarga mertua akan bersanding bersama anak dan menantu.Malah para tetamu akan naik ke rumah untuk bersalaman dgn pengantin dan ibu bapanya.Di sini kita nampak kemufakatan masyarakatnya.Kalau nak cerita secara terperinci rasanya 1 page ni pun tak cukup sebab saya nak cerita perjalanan saya ke Pulau Penyengat yg terdapat byk tinggalan sejarah spt makam2,masjid kuning telur serta istana lama

Pulau Penyengat berdekatan dgn Tg Pinang malah penduduknya ramai yg bekerja di Tg Pinang dan membeli keperluan harian dari sini.Sampai di Pulau penyengat saya menaiki beca bermotor kerana tak larat nak jalan keliling pulau.Saya bertuah kerana saya juga punya saudara di pulau ini.Saya di bawa ke makam Engku Puteri  yg terkenal dgn gurindam 12 berhampiran dgn rumah nenek iaitu mak mertua kepada sepupu saya,Kak Rani.Malah saya juga melawat makam Raja Haji dan byk makam2 sejarah yg lain.Lihatlah di foto2 yg saya sertakan di bawah.

Sebelum balik ke Malaysia saya sempat ke pasar utk membeli buah tangan.Terleka melihat barang2 di sini memang murah malah makanannya sangat sedap.Lihatlah tempenya yg besar dan masih ada dapur minyak tanah di mana di tempat kita susah nak jumpa.

Saya berharap anda semua enjoy dgn catatan perjalanan saya kali ini.Saya suka utk berkongsi cerita dgn anda semua.Insyaallah di kesempatan yg lain saya akan menulis lagi utk share pengalaman saya bersama anda.

Sekian untuk hari ini.
Dapur Minyak Tanah yang rata2 menjadi kegunaan penduduk di sana.Unik kan.

Menaiki tongkang ke Pulau Penyengat.

Lontong Usus Makanan Enak Buatan Indonesia

Tempe segar dan muranh- murah bangat!!

Bergambar di gerai hadapan Pintu Masuk Pulau Penyengat

Anak saudara berkahwin mengikut tradisi Jawa

Bergambar di Balai Istiadat, Pulau Penyengat

Di Pintu Masuk Balai Istiadat, Pulau Penyengat

Monday, January 24, 2011

Lawatan ke Pulau Batam.

1 comments
Assalamualaikum...Bertemu lagi untuk hari ini.Saya teruja untuk bercerita tentang lawatan ke rumah sepupu saya,Dewi Koriati di Batam,baru2 ini.Kami ke sana menaiki feri dari Setulang Laut, The Zone, Johor Bharu.,memakan masa 45 minit untuk sampai di sana.Sampai di sana selepas pemeriksaan kastam kami dijemput driver sepupu kerana sepupuku ada mesyuarat di tempat kerjanya.Sepupuku adalah pengarah Taman Tema di Coastarina. Memang seronok sangat sebab makanannya yg enak2. Pemandangan yg cantik dan saya kepasar yg penuh dgn ikan yg segar2...Malah saya terjumpa siput gonggong yg menjadi mercu tanda di Batam yg banyak di pasar.

Bercerita tentang siput gonggong ia adalah sejenis siput yg banyak terdapat di kepulauan di sini.Rasanya sangat sedap apabila dicicah dgn sambal cili,best sangat2 sampai berpeluh2 bila dimakan panas2.Lagi satu ialah scalop..aduh di pasar tempat kita memang susah nak jumpa scalop ini..Rasanya kenyal dan sangat manis,malah kerangnya sangat besar..Sotong hijaunya juga besar lihat lah di foto yg saya lampirkan sekali.Suami sangat teruja sebab dia penggemar sotong...

Sepupuku membawa kami di sebuah restoran yg sangat cantik,kami semua terpesona dgn decoration malah di hiburkan dgn nyanyian secara live oleh penyanyi khas di situ.Kami di hidangkan dgn masakannya yg sangat enak termasuklah ikan Gurami goreng memang sedap sebab di goreng garing.Jika ke Batam jangan lupa singgah di restoran ini makanannya memang sedap.Kami akan ke Batam lagi sebab banyak tempat yg tidak sempat kami lawati kerana masa tidak mengizinkan.Kami ingin menghadiri majlis perkawinan anak saudara di Tanjung Pinang,Riau keesokkan harinya...Nanti saya akan menceritakan tentang lawatan saya di Tanjung Pinang pula..Stay tune...
.::..My Precious Momment..::.
Di hadapan Restoran Makanan Sunda

 Bersama sepupuku, Dewi Koriati 

 Ikan Gurami Istimewa

 Excited menatap santapan

 Coastarina Theme Park

 Scalop yg segar

 Siput Gonggong

Siput Lokan

Sotong Hijau yang Besar dan Sihat