Monday, February 21, 2011

Pucuk Ubi Rebus Cicah Dengan Sambal Air Asam

0 comments
Hari ini saya nak share resepi kegemaran anak perempuan sulong saya iaitu pucuk ubi rebus di cicah dgn sambal air asam.Dah muak dengan ikan,daging dan ayam kami masak lauk yg simple saja hari ini....Sambal ikan bilis dan pucuk ubi rebus....
Cubalah resepi air asam ini pasti anda berpuashati...


Bahan2nya


Belacan di bakar dulu
Cili merah
sedikit cili padi kalau mau pedas
gula sedikit
garam sedikit
limau kasturi
air asam jawa


Masuk kan semua ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
Keluarkan masukkan hirisan bawang dan perahan air limau.

Malah sambal cicah ini sedap di cicah dgn ikan bakar juga dgn jantung pisang yg di celur...
Untuk menyediakannya hanya mengambil masa yg singkat sahaja.

Selamat mencuba......

Saturday, February 19, 2011

Buruk dan baiknya berkahwin muda

0 comments
Assalamualaikum whb...

Saya ingin share pengalaman hidup saya yang berkahwin muda ketika berumur 19 tahun iaitu selepas mengambil SPM.

Dulu saya tak di dedahkan bagaimana hendak menjalani kehidupan berumahtangga.Bila ibu saya ingin menjodohkan saya,saya tiada pilihan untuk berfikir semasak-masaknya.Mungkin ibu risau punyai anak perempuan yg ramai belum berkahwin lagi kerana ibu adalah ibu tunggal.

Tetapi bila saya sudah bergelar isteri yg sah pada 6.6.1987,saya sedar saya punyai tanggungjawab yg besar menjaga suami dan keluarganya begitu juga dengan keluarga saya di kampung.Bagaikan di ajar dan tahu sendiri bagaimana menguruskan kehidupan berumahtangga,saya tekun dan sabar melayan kerenah suami dan keluarga mertua.Saya bernasib baik kerana punyai bapa mertua yg sayang dan memahami situasi saya.Oleh kerana saya tak punyai bapa sendiri kerana sudah kembali ke rahmatullah ketika di tingkatan 3,saya dapatlah menumpang kasih.Saya tidak bekerja dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa.Anda mungkin dapat bayangkan keadaan saya ketika itu walaupun mempunyai sijil SPM,saya tak dapat merasai bagaimana dunia pekerjaan di luar sana.Adakalanya saya merasa cemburu melihat kawan-kawan yg berkerjaya.

Saya tinggal di kuartes pekerja tapi serupa tak tinggal di situ kerana suami lebih suka membawa saya ke rumah ibu dan bapanya dan tinggal di situ selama 2 ke 3 minggu dan jarang lah saya berada dirumah....

Biasalah bila suami kita masih muda banyaklah dugaan yg akan kita tempuhi.Saya banyak bersabar dan bersabar melayan kerenahnya yg masih tak puas enjoy lagi.Anda pasti faham dgn maksud saya.Bapa mertualah yg banyak menjaga hati saya.Malah saya masih ingat lagi perkataan yg di ungkapkan kepada saya"kalau menantu lain pasti sudah lama meninggalkan rumah ini"..Malah saya pernah merujuk masalah saya kepada ibu di kampung tapi jawapan yg saya perolehi ialah"suami bila di luar adalah hak orang,bila dia balik di rumah baru lah menjadi hak kita dan layan sebaik mungkin"

Saya masih bersabar dan berdoa agar suami berubah dan menghargai saya...Saya di kurnia kan dgn 4 org cahaya mata dan ke semuanya di lahirkan melalui pembedahan.Anak-anak lah yg menjadi kekuatan hidup saya selama ini.Malah saya bersyukur ketika saya berumur 20 tahun saya mempunyai seorang cahayamata perempuan yg sangat comel.Ketika di usia 22 tahun saya mendapat cahayamata lelaki.Dia lah penghibur hati saya ketika itu.Anak lelaki ketiga lahir ketika usia saya 27 tahun dan terakhir sekali puteri bongsu lahir ketika usia saya 37 tahun dan satu-satunya lahir melalui pembedahan separuh bius.Saya terharu dan menangis ketika mendengar tangisan pertamanya..

Ketika ini anak pertama saya sudah menjadi kawan kepada saya malah kami akan keluar bersama-sama ke mana saja.Kami juga selalu di tegur seperti adik beradik.Kami selalu berkongsi masalah bersama.Saya seronok sangat .Saya bersyukur dek kerana kesabaran dan pengorbanan saya di usia remaja saya,inilah hasil yg saya dapat.Anak perempuan pertama saya sudah menghabiskan degree di UNITEN dan sekarang ingin sambung Master pula.

Suami pula sudah berubah dan selalu duduk di rumah sahaja bila tak keluar kerja.Alhamdulillah berkat doa saya selepas solat di sulami dengan kesabaran saya, inilah hadiah yg saya perolehi.Manis terasa bila segala pengorbanan masa remaja yg di korbankan selama ini membuahkan hasil.Alhamdulillah bersyukurku ke hadratMu ya Allah kerana mendengar doa dan rintihanku selama ini.

Terima kasih kepada arwah bapa mertua yg menjadi penyokongku selama ini.Terima kasih kepada arwah ibuku yg selalu memberi nasihat.Semoga rohmu berada di kalangan org-org yg beriman.Amiin

Kesimpulan dari catatan saya di atas ialah kesabaran,pengorbanan,kesetiaan,kasih dan sayang kepada keluarga, di sulami dgn berdoa kepada yg maha esa tanpa rasa jemu pasti membuahkan hasil.Tidak kiralah kita berkahwin muda atau lewat yg penting amalkan petua-petua di atas,insyaallah pasti dapat melahirkan keluarga bahagia..

Setakat ini catatan saya kali ini pastikan anda buka blog saya lagi utk share ilmu yg lain lagi.

Thursday, February 10, 2011

Menyusuri sejarah Melaka bersama Wak.

0 comments
Assalamualaikum...apa khabar teman2ku semua???

Bertemu kita kembali...Hari ini saya ingin bercerita tentang lawatan bapa saudara dari singapura baru2 ini.Lama sudah dia tak ke Melaka kira-kira 8 tahun lepas kerana uzur.Puas ku pujuk sepupuku iaitu anaknya untuk membawa bapa saudara yg ku panggil 'wak' ke rumahku.Ini kerana wak ingin menziarah pusara ibuku iaitu adik dan abangnya yg berada di kampungku Masjid Tanah.Apa lagi saya mengambil peluang ini utk membawa wak berjalan2 di sekitar Melaka.Saya terlalu seronok kerana saya tiada ayah dan ibu lagi begitu juga ibu dan bapa mertua.Bagaikan bertemu ayah dan ingin menumpang kasih dan sayangnya sementara dia berada dengan ku.

Hari pertama sepupu2ku sampai bersama ayahnya iaitu wak,ku raikan dengan majlis BBQ.Memang meriah..Hari ke 2 ku bawa mereka melawat pusara arwah ibu ku dan arwah abangnya di kampung ku, Masjid Tanah.Setelah itu kami membawa mereka ke rumah kakakku yg berhampiran, Apalagi kami di jamu dgn masakan kampung yg enak.Seperti suasana hari raya pula Setelah itu kami dijemput adik bongsuku pula ke rumahnya,dijamu pula dgn minuman air kelapa muda dan kuih bakar buatan isterinya yg masih panas lagi.

Keesokkan harinya anak2 wak ingin ke Kuala Lumpur.Wak pula tinggal bersamaku.Ini kerana wak perlu di injit insulin 2 kali sehari dan tidak mahu ikut anak2nya,suamiku yg menguruskannya kerana saya takut pada jarum.Kami mengambil kesempatan ini membawa wak berjalan ke tempat2 sejarah dan masjid sekitar melaka.Kami membawa wak ke rumah arwah datuk suamiku iaitu Demang di Merlimau,Melaka.

Rumah yg menjadi sejarah di sini.Terkenal dengan panggilan 'Rumah Penghulu Md Natar'.Jika anda ke arah Muar dari Melaka jgn lupa singgah ke rumah yg sangat cantik,penuh dgn ukiran yg sangat cantik Dari bandar Melaka lebih kurang 20km ke rumah sejarah ini.Wak seronok sangat dan suka di ambil foto2 nya.Untuk pengetahuan semua dulu wak aktif berlakun drama singapura dan pernah berlakun dgn seniwati Normadiah,kira2 org filemlah gitu.

Kami juga membawa wak ke Masjid Selat di Pulau Melaka,memang cantik dan tenang berada di sana.Masjid yg di bina di atas laut dan pulau buatan.Kalau anda ke Melaka jgn lupa singgah di situ utk bersolat.Setelah bersolat di Masjid Selat kami membawa Wak ke Makam Hang Jebat di Jalan Kampung Kuli,di bandar Melaka.Ramai yg tidak tau ke sana kerana jalannya terlalu sempit dan dikelilingi kedai2 org berbangsa cina.Malah Makam Hang Kasturi juga berhampiran di Jalan Jonker Walk.Kami tidak dapat turun kerana tiada parking dan pelancung terlalu ramai maklumlah cuti raya cina.

Selepas itu kami bawa wak ke Makam Hang Tuah pahlawan melayu Melaka,di Tanjung Keling. Makamnya panjang dan cantik kerana di jaga bersih.Singgahlah ke sini jika anda ke Melaka,Anda pasti seronok menyusuri sejarah melayu melaka.Melaka memang byk tempat2 sejarah yg tak ramai org tahu dan sampai ke sini.Lagi satu tempat yg anda terlepas pandang ialah Perkuburan Jepun di Bukit Baru Dalam.Jika ada ada masa singgah lah ke perkuburan jepun ini.

Membawa bapa saudaraku menyusuri sejarah Melaka., walaupun tidak semua tempat ku bawa kerana wak keletihan membuatkan dia terlalu gembira dan kami sekeluarga seronok dan berpuashati.Walaupun bersamanya selama 4 hari sahaja. Cukuplah setakat ini saya menulis tentang lawatan ke tempat sejarah Melaka dan jika ada kesempatan saya akan berkongsi cerita tentang pengalaman2 saya yg lain.Insyaallah....

Sekian

 Suami bersama Wak Muharram

 Bergambar di Rumah Pusaka Arwah datuk Suami, Rumah Penghulu Md. Natar, Merlimau

 Pesta Air Kelapa Muda..Nyum...Segar

 Bergambar di hadapan Masjid Selat, Pulau Melaka



 Bergambar di hadapan Gambar Penghulu Md. Natar

 Tangga rumah penghulu Md Natar

Makam Hang Jebat 

 Makam Hang Kasturi

 Makam Hang Tuah

 Perkuburan Jepun,Melaka


 Di hadapan Makam Hang tuah